Askum dan salam sejahtera buat sahabat pembaca sekalian.
Entri kali ini saya nukilan istimewa buat pemilik anak istimewa di luar sana. Alhamdulilah parents, kita adalah ibu bapa terpilih untuk menjadi malaikat pelindung anak syurga kita. Saya sendiri adalah ibu kepada seorang anak gadis autistic berumur 4 tahun (pada tahun 2018). Dalam kad OKU anak tertera OKU kategori masalah pembelajaran. Anak gadis saya belum faham banyak arahan, speech delayed dan memiliki beberapa ciri autism tradisional. But she is super loving..selalu cium pipi dan peluk kami.
Baik. Bantuan elaun OKU anak kami ialah RM150 sebulan. Walau bagaimanapun, tarikh elaun disalurkan adalah berbeza-beza dari satu PDK (atau organisasi) dengan yang lain. Menurut perkongsian daripada ibu bapa dalam support group Autism Sabah, anak-anak mereka ada yang menerima bantuan elaun OKU setiap bulan, dan ada yang 6 bulan sekali (RM150 X 6 bulan). Elaun ini akan dikreditkan ke dalam akaun BSN (akaun bersama parents dan anak).
Saya dan suami sepakat membuat keputusan untuk menyimpan semua bantuan elaun OKU ( atau apa-apa pemberian hadiah berupa wang ) anak kami Sophie dalam Pelan Menabung Unit Trust Public Mutual. Duit tabungan anak kami akan dilaburkan dalam dana islamik yang mempunyai prestasi cemerlang (bukti dan prestasi kukuh dalam annual report Public Mutual) untuk jangka masa yang panjang. Bila tengok fund review yang mencatatkan consistent return, preservation, total return, distribution history semuanya kami sebagai ibu bapa boleh menarik nafas lega sebab kami tahu elaun OKU anak kami akan tersimpan, digandakan dengan lebih baik. Insyaallah RM150 setiap sebulan seawal Sophie 4 tahun akan menjadi 'ladang yang berbaloi'. Dan pelaburan dalam UTPM adalah resistance inflasi.
Dengan Pelan Menabung UTPM (Unit Trust Public Mutual), saya dan suami mengumpul RM1000 untuk membuka akaun UTPM dan seterusnya top up akaun anak kami setiap kali bantuan elaun OKU disalurkan. Bestnya pelan ini kerana sifatnya yang fleksibel. Kami tidak perlu risau jika gagal menyimpan elaun anak setiap bulan ( contoh kes dapat elauan OKU 6 bulan sekali) kerana apabila mula-mula menyimpan RM1000 untuk membuka akaun ianya telah cukup syarat untuk pelaburan berjalan ongoing. Tiada istilah akaun tidak aktif atau arahan untuk ibu bapa masukkan duit setiap bulan. Perasaan selesa, yakin dan tenang itu lah yang kami alami. Seperti mana pencarum EPF rasa excited melihat wang mereka berganda-ganda, itulah sebenarnya yang berlaku pada elaun OKU anak kami dalam Pelan Menabung UTPM .
Oh ya. Sebelum anak kami mencapai umur 18 tahun (legal age) akaun UTPM ini adalah pemilikan bersama saya dan Sophie. Apabila mencapai umur 18 tahun. saya boleh menukar identiti akaun kepada pemilikan individu (milik mutlak anak) jika nak atau perlu.
Ini adalah contoh jika tabungan bernilai RM100 sebulan dan anggaran pulangan. Tapi elaun anak kami ialah RM150 sebulan plus tambahan duit daripada kami:
RM150 (elaun OKU ) + RM50(tambahan dari ibu bapa) = RM200
Jadi anggaran pulangan adalah lebih tinggi daripada jadual.
Cara menyimpan (top up) duit dalam Pelan Menabung UTPM boleh dilakukan secara direct debit atau tunai. Berikut adalah anggaran tuaian tabungan anak kami.
➤ Umur anak pada tahun 2018 (4 tahun)
➤ Anggaran tabungan RM200
➤ Tempoh pelaburan kira-kira 16 tahun (masa tu 2034 umur anak kami 20 tahun, saya dah 50 tahun)
Pulangan pada tahun 2034 berdasarkan anggaran Rate of Return (ROR), sebagai contoh ambillah 10% nilai tengah-tengah. Letak nilai moderate supaya tak overclaim walaupun realiti ROR sangat membahagiakan hati kami.Namun sebagai consultant Unit Trust berdaftar saya melihat pulangan sebenar adalah jauh lebih baik seperti yang saya nyatakan awal-awal tadi dalam fund review.
However no human can control what happens to the world. Pelaburan semuanya mempunyai risk.
Kami menerima anak syurga kami seadanya, dan faham jika dunia di luar sana kadang kala boleh bersikap bias pada golongan OKU. Tidak memberi peluang dan layanan yang sama rata dalam persaingan pekerjaan, persekitaran sosial, dan banyak lagi . Contohnya hak untuk dilindungi oleh syarikat insurans. Bukan satu tapi sudah banyak kes-kes dimana ibu bapa telah membeli insurans untuk anak awal sebelum anak di diagnosis. Bila anak masuk hospital dan syarikat insuran dapat tahu history anak ada ketidakupayaan mesti syarikat insuran akan reject untuk cover pembayaran bil hospital. Padahal sebab hospitalized bukan disebabkan oleh self destruction atau self damaged. Part ni saya tak nak sentuh banyak. Bukan semua syarikat insurans, tapi kebanyakannya. Ini juga menjadi antara salah satu sebab terbesar untuk kami menyimpan di UTPM supaya dapat cover bil perubatan yang mahal (jika berlaku).
Jika diizinkan, duit tabungan anak yang dilaburkan boleh membantu Sophie untuk membina pekerjaannya yang sesuai dengan kondisi dirinya. Saya sebagai ibu dan konsultant berdaftar Public Mutual, berniat nak didik Sophie untuk menyimpan pendapatannya dalam platform yang paling menguntungkan.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit idea tentang cara kendalikan bantuan elaun OKU anak dan informasi asas tentang Pelan Menabung Unit Trust Public Mutual kepada ibu bapa sekasut. Pelan ini juga sesuai untuk ibu bapa dengan anak-anak normal.
Jika diizinkan, duit tabungan anak yang dilaburkan boleh membantu Sophie untuk membina pekerjaannya yang sesuai dengan kondisi dirinya. Saya sebagai ibu dan konsultant berdaftar Public Mutual, berniat nak didik Sophie untuk menyimpan pendapatannya dalam platform yang paling menguntungkan.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit idea tentang cara kendalikan bantuan elaun OKU anak dan informasi asas tentang Pelan Menabung Unit Trust Public Mutual kepada ibu bapa sekasut. Pelan ini juga sesuai untuk ibu bapa dengan anak-anak normal.
Jika perlukan bantuan dan konsultasi saya bolehlah rujuk di bawah.
"Appoinment made through online,
real consultation begins face to face."
-Mary Jaungin -
Atau anda boleh mencari ejen Unit Trust Public Mutual terdekat anda untuk bertemujanji dan mohon pencerahan tentang Pelan Menabung Public Mutual. Naishat saya, ambillah masa untuk berjumpa dengan konsultan sebab bertanya secara duduk semeja sangat-sangat berbaloi dan puas hati.
No comments:
Post a Comment