Wednesday, 4 September 2019

PROSEDUR KELUARKAN DUIT KWSP AKAUN 2: Buat rumah atas tanah sendiri

Salam sayang semua, entri admin Mell kali ini ialah tentang prosedur keluarkan duit KWSP dari AKAUN 2 untuk tujuan perumahan atas tanah sendiri.

Polisi adalah berbeza bagi semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Prosedur yang saya share adalah applicable untuk Sabah. Bagi negeri Sabah,asalkan nama pemohon utama merupakan penama tunggal atau penama bersama geran tersebut memang dah boleh keluar duit. Tak perlulah prosedur pecah geran, atau surat kebenaran dari penama-penama lain dalam borang. Contohnya, tanah tersebut dimiliki bersama oleh Abu, Ali dan Siti.  Siti boleh memohon untuk keluarkan duit KWSPnya tanpa perlu urusan pecah geran tanah  (untuk menunjukkan sempadan dan bahagian mana tanah kepunyaan Siti. Jika pemohon ialah suami Siti, pun no problem juga. Sebab nama isteri dah ada dalam geran)

Mula-mula nak keluar duit saya ada sent pertanyaan kepada KWSP di FB.

So, feed back KWSP memang sangat bagus tapi agak general. Lepas tu saya call KWSP centre untuk dapatkan lebih penjelasan. Bab gayut dalam telefon ni lemah sikit, sebab sometimes kita memang tak faham tapi segan nak tanya balik2 kan. so buat2 faham and bagi dengar suara profesional diiringi gelak mesra (padahal nak cover kekeliruan yang melanda.haha)
Effort lain adalah mendapatkan sedikit info daripada kawan-kawan dan kerani sekolah.

Finally, husband advise better ke KWSP Kota Kinabalu sendiri untuk lebih pencerahan. Jika dah masuk bangunan KWSP KK tu, anda teruslah masuk ke kaunter tiket. Staff situ akan tanyakan jenis urusan dan beri anda nombor. Borang untuk tujuan perumahan saya terus dapatkan dari situ. Penting ye, sekiranya pasangan anda pun nak keluarkan duit under reason yang sama, anda dan pasangan mesti mengisi dua borang. So ask for TWO FORMS. Lebih pun takpe, kot ada tersalah tulis ada back up form baru kan.

Sekiranya, masih ada benda yang tak jelas, ambil peluang tanya sampai faham kat staff. Sia-sia datang KWSP jika anda malu nak tanya, dan balik masih blur.

OK, tengok list dalam borang:

1.  My kad

Salinan IC yang telah disahkan. Atau apa-apa dokumen pengenalan yang berkaitan (Jika anda mempunyai nama lain dalam mana-mana dokumen yang berkaitan ). Tujuannya ialah untuk membuktikan, anda adalah orang yang sama dengan nama yang berbeza. Sila bawa IC  asal semasa appointment.

2. Buku Akaun Bank atau penyata bank

- fotostat buku akaun bank anda yang terpapar nama dan nombor akaun anda (disahkan oleh pegawai bank ) atau anda bawa jer buku akaun original semasa appointment
- jika akaun maybank seperti saya, anda boleh buka M2U dan print sahaja penyata bank secara online. Ni tak perlu disahkan. Bawa yang ni semasa appointment

3. Salinan Geran Tanah

-fotostat dengan kualiti yang terbaik. Pastikan details dalam geran jelas. Maklumlah kertas geran biasanya lusuh. Saya terpaksa scan dengan kualiti terbaik supaya tulisan tangan pada geran tu boleh dibaca. Especially detail seperti nombor geran, nama pemilik geran, nama kampung dan lakaran. Geran tanah original wajib bawa semasa appointment

4. Surat pengesahan dari Jabatan Tanah dan Ukur

-Jika terdapat perbezaan nama antara geran tanah dengan cop ketua kampung. Misalnya dalam geran nama kampung Kg. Lapai nama terbaru pula Kg. Lapai Baru..kan ada beza tu..so dapatkan pengesahan Kuasa Pentadbiran Kampung tersebut. Anda boleh dapatkan surat pengesahan dari Jabatan tanah dan ukur.

5. Surat pengesahan perwartaan atau perkampungan yang telah digazetkan sebagai tanah perkampungan. Dimana perkampungan telah diwartakan oleh kerajaan.

Dapatkan surat pengesahan daripada Jabatan Tanah dan Ukur yang mengesahkan kampung tersebut telah diwartakan sebagai tanah perkampungan yang mengandungi nombor gazet kampung dan nama kampung.

6. Resit

Resit pembelian perkakasan rumah dan berjumlah 20% dari kos keseluruhan pembinaan. So janganlah letak harga rumah tu tinggi sangat, sebab kalau tak lepas kos 20% kos keseluruhan pembinaan alamatnya fail lah permohonan. O yer, pastikan resit-resit anda BERSIH dan KEMAS. Tiada penggunaan liquid, contengan perubahan harga bagai ye. Sebab kalau kena ke pegawai yang strict, resit macam ni akan dikira defect. KWSP assume, pemohon tu sendiri yang pandai-pandai tukar amaun.  Resit mesti ditulis material yang dibeli dengan terperinci. Bagi resit besar, biasanya anda akan dapat invoice. Dalam invoice disertakan deskripsi bahan-bahan. Yang ni, anda perlu sertakan.

Saya ada dua keping resit rejected sebab defect resit berpunca dari pihak penjual. Pastikan minta di stampkan (cop) juga resit anda dari pihak penjual. Jika membayar gaji kepada tukang rumah, anda boleh minta tukang berikan anda resit penerimaan bayaran. Resit ini boleh digunakan sebagai resit perbelanjaan anda. Ala resit biasa jer dari kedai, tulis amaun, nama pembayar (nama anda),nama penerima (tukang rumah), tarikh transaksi dan amaun.

Keep in mind' jika nak buat rumah atau renovate rumah, nama dalam resit haruslah NAMA ANDA. Jika menggunakan nama orang lain, sila sediakan SURAT PENJELASAN. Buat surat ringkas-ringkas je, explain kaitan anda dengan orang dalam nama resit and reason. In my case, Aki Sophie yang bantu saya membuat pembelian. So saya mentioned dalam surat, bapa pemohon merupakan wakil pemohon dalam urusan membeli material rumah. Nasib baik hanya satu nama yang terlibat.

7. Pelan Rumah



Pelan rumah anda boleh jer buat guna aplikasi dalam telefon atau dari online. Saya punya saya buat online jer. Paparan 2D cukuplah.Sekeping jer. Kalau terlebih rajin bolehlah guna autocad.hehe.

Orang KWSP tak tengok sangat pun ukurannya. Pelan ni banyak kelemahan dari segi ketepatan ukuran.Tapi ukuran sebenar tak lari jauh 100cm =10 kaki. Yang penting shape dan ukuran tak lari sangat.

Bilik tidur berapa? Dapur mana? Front door mana?  Pandangan depan, belakang, kiri dan kanan.Itu jer lah basic question.

Pelan rumah mesti ditandatangani dan diturunkan cop oleh Ketua Kampung. I buat dalam masa sejam OK..Sebab rushing Ketua Kampung nak datang rumah. Ketua kampung banyak tolong saya. Petang-petang selalu panggil beliau bergambar bersama untuk lampiran.  Lampiran ni memerlukan pemohon sertakan gambar 4 pandangan sisi rumah. Dari depan (gambar bersama ketua kampung), dari sisi kanan. sisi kiri dan pandangan belakang.

Pandangan 4 sisi rumah kecil kami. Gambar sisi hadapan rumah mesti bersama Ketua Kampung .

8. Peta lokasi

Yang ni pun saya buat simple. Ruler, pencil, eraser, red pen atau marker merah. Anda lukis yang very simple sahaja dengan memasukkan elemen penanda aras yang mudah dikenal pasti. Saya punya, lukis tangki air, tayar putih besar pada simpang masuk. Kawasan rumah pemohon haruslah ditanda dengan merah. So yang ni korang highlighkan aje area rumah tu. Letakkan nombor telefon sekali dalam peta lokasi.

9. Surat Perjanjian Bina Rumah

Tarikh rumah MESTI SELEPAS dari tarikh nama anda dimasukkan dalam geran tanah. Contohnya, anda telah membeli atau dihadiahkan sebidang tanah pada 8 April 2015. Tarikh perjanjian bina rumah mestilah selepas itu. Contoh 9 April dan ke atas. Surat perjanjian rumah ini mesti disertakan dengan setem hasil RM10 sekeping yang anda boleh beli di Pejabat Pos.  Anda boleh matikan setem ini di pejabat daerah (berjumpa dengan pegawai daerah) atau ke LHDN.

Sebaiknya, tarikh perjanjian bina rumah yang anda pilih JANGAN MELEBIHI 30 HARI dari tarikh anda meminta setem dimatikan. Kerana denda akan dikenakan. RM1 sehari cas dari tarikh perjanjian bina rumah. Hari tu saya kena RM90 dekat LHDN Kota Kinabalu.. Jika anda ke pejabat daerah, takkan kena denda pun. Pegawai tu matikan setem for free. FYI Penolong Pegawai Daerah Tuaran Mohd.Sofian Alfian Nair  sangat brotherrrr.Mesra, profesional dan memudahkan urusan semua orang. Salute dan respect jumpa beliau.

Jika pengeluaran yang menggunakan geran tanah di atas nama pasangan. Maksudnya, jika isteri (pemohon utama) mempunyai nama atas geran, suami juga boleh mengeluarkan duit KWSP akaun 2 nya atas sebab membina rumah bersama. Ini juga dipanggil pengeluaran bersama.  Dalam kes ini, surat perjanjian membina rumah yang telah lengkap diisi no.9 (di atas) hanya perlu difotostat untuk dikepilkan sekali semasa submit borang untuk pihak suami (pemohon kedua). Tak perlu lagi beli setem hasil dua kali. Lebih senang anda fotostat kaler guna printer, nampak jelas dan kemas.

10. Salinan Sijil Kahwin

Bawa satu salinan sijil kawin dan sijil kawin yang ori semasa appointment. Ini untuk permohonan bersama atau pemohon membuat rumah di atas tanah pasangan. So kena tunjuk la bukti relationship.

******************************

Selepas pegawai KWSP berpuas hati dengan semua dokumen yang anda submit, anda akan menerima sekeping kertas. Kertas tu merupakan dokumen LULUS saringan peringkat pertama. Maksudnya, borang-borang anda lengkap dan memuaskan.

Proses pengeluaran akan mengambil masa paling panjang 21 hari dari tarikh anda menerima dokumen LULUS. Pegawai KWSP akan datang melawat tapak rumah anda dalam jangka masa itu tanpa memaklumkan kepada anda.

Pandangan luar KWSP.  Mell dan husband sempat selfie gitew.


In my case, pegawai KWSP datang melawat 5 hari selepas saya submit semua dokumen. Beliau datang kejap jer, tinjau-tinjau dan minta saya menulis sedikit ulasan dan menurunkan tanda tangan. 10 minit jer beres! Best kan.

Malam tu keluar dengan my BFF Yen & partner.
 Lega dan berlapang dada urusan dah selesai. Makan di restoran Darul Naim depan Politeknik.

Copy back from my old blogspot.


https://baraitborneo.blogspot.com/2015/03/prosedur-keluarkan-duit-kwsp-akaun-2.html?m=1

Tuesday, 27 August 2019

Agent Unit Trust Public Mutual Terbaik August 2019

Alhamdulilah...No.7 top performance Konsultan Public Mutual untuk Ogos 2019.

TQ client, prospek dan sahabat Facebook mommy.Even kamu klik like my post pun boost my happiness.

Mommy teringat pada tahun lepas, ada beberapa kenalan dari facebook maupun komuniti di sekolah lama mempersoalkan mommy;

"berapa  tahun sudah kau buat Public Mutual? Kalau ejen baru sia inda mau."

"berapalah income kau buat ni?"

Baru-baru ini pekerja public mutual di Api- Api Sabah, bertanya;

" Moi, kau under siapa?"

 Me: Saya under Ustaz Nik Mohd Fahmi, under GAM Mohd Yazid Ismail

" Jauh juga leader kau moi.Dari mana kau kenal dorang?"

Me: Dari facebook seja.

"Jadi macam mana dorang coaching kau?"

Me: Oh kami buat dari wasup seja.

"Oh buli masuk ka?"

Sejujurnya bila kita mau belajar tiada alasan. Dulu masa tahun lepas, mommy lepas sekolah mommy akan masuk kelas Public Mutual anjuran Api-Api sesi petang sampai malam. Cuma cabarannya, mommy rabun malam dan jika Papa E.p menunggu dalam kereta rasa kesian dengan dia..Rasa bersalah juga minta nenek E.p jaga cucu yang tak keruan kalau mommy berjam-jam tiada di rumah.

Beberapa bulan rasa down dan sejuk sekejap dengan Public Mutual.Sebilangan kecil komuniti di sekeliling  claim, saya terlalu taksub buat public mutual sehingga mengabai kerja hakiki di sekolah sebagai guru.

I proved to them, even my lowest class dapat A Bahasa Inggeris tahun 2017. Performance Bahasa Inggeris naik  2018 untuk kelas lemah.

Saya juga mengambil iktibar atas teguran dan self reflect kelemahan diri, supaya lebih organise agar nampak profesional dan mampu menjalankan multitask agar tidak dipersoalkan..Kita still makan gaji as educator, still buat kerja sebagai konsultan unit trust, peranan ibu kepada anak istimewa, peranan anak kepada ibubapa yang sudah pencen dan peranan pengurus kepada dobi layan diri.
Mommy banyak menjaja diri, masa dan tebalkan muka belajar banyak dari orang yang lebih tahu.

Ustaz Fahmi coach saya dari Terengganu juga seorang cikgu..Beliau daftarkan saya guna duit beliau sendiri untuk kelas facebook online cara buat penulisan yang baik.Terima kasih ustaz fahmi. Rasa bersalah bila orang nampak potensi kita, sponsor kita tapi kita tak buat sungguh- sungguh.

Saya suka berkongsi ilmu menabung dan melabur sebab saya pernah financially broke.Saya tahu perasaan bagi banyak alasan sebab tak mampu. Saya tahu perasan TAK SENTUH kain ela, tupperware atau pun jualan makanan mewah yang kawan-kawan tabur atas meja sebab tahu itu bukan prioriti. Saya tahu perasan tak mau join makan-makan di hotel sebab tak mampu but then, tak pergi join pun still kena bayar.

Saya tahu perasan bersalah bila mana anak cirit birit sebab tukar susu yang tak sesuai untuknya sebab duit tak cukup.

Saya tahu perasan malu bila minta pinjam kawan duit untuk bayar bil hospital Sophie warded di KPJ, dek medical card dia reject gara-gara berstatus OKU.Those friends are my treasure till now.
Banyak yang pahit jadi kekuatan. I love u Raidahwati Jalalin and Nancy Kurniawan.

Friends who lends ears and time yang selalu wasup2 saya Azrina Tan and many more..too many of you. Husband n E.p you are my big why. Tq.

🐜Mommy Sophie
I am TRUSTED & REGISTRED
PUBLIC MUTUAL CONSULTANT MALAYSIA.

#maryjaunginunittrustpublicmutualmalaysiasabahtuaran

*Perasan kenapa saya suka pakai ikon semut?Sebab semut fragile, kecil dan tidak sehebat singga.Tapi semut organise, rajin dan tidak pernah putus asa.

BAGAIMANA MENABUNG DENGAN KOMITMEN PERBELANJAAN BESAR


Bukan mudah untuk semua orang untuk SAVE/INVEST bila BIL dan PERBELANJAAN lebih besar dari PENDAPATAN.

Bila amaun pendapatan tu kita sendiri rasa  'negatif' sehingga tahap kritikal.

Sentiasa positif sahabat semua. Sentiasa ada jalan.
Lagi banyak otak kita generate alasan lagi tak nampak jalan.

Nilai semula keluar masuk duit kita. 💰💰💰💰

Dengan itu kita tahu bahagian mana paling banyak duit dibelanjakan. Bahagian mana paling sesuai untuk dikurangkan atau dihapuskan terus.

Contoh 1:

Jika paling banyak habis untuk minyak kereta..Kurangkan memandu jika tiada keperluan yang sangat mendesak. Multitask setiap kali anda rancang pemanduan..Contohnya, untuk pelan hari ini, selepas saya ke klinik, saya akan sekali buang sampah, sekali ke agrobank, sekali beli grocery dan sekali ambil anak dari sekolah.Jimat minyak berbanding bergerak lain-lain masa untuk tujuan monotask.

Contoh 2:

Jika paling banyak habis untuk grocery. Lihat semula peti ais dan dapur kita.Banyak tak sayur yang reput sebelum sempat dimasak. Banyak tak nasi sejuk atau lauk pauk yang dibazirkan.

Kos grocery juga boleh dikurangkan dengan downgrade beberapa barangan seperti gred beras, gred telur dan lain-lain.

Pemilihan tempat membeli grocery juga banyak mempengaruhi kos grocery anda.Contoh beberapa barangan basah seperti ikan lebih murah di tamu berbanding di pasaraya.

Pakaian daripada kedai seperti Ramai Jaya, 101, Shoppe atau pakaian bundle lebih murah berbanding membeli di  Mall atau Pasaraya.

Contoh 3:

Bayar lebih sedikit bil anda dari yang sepatutnya.Contoh jika minimum pembayaran kad kredit anda RM189. Why not bayar RM190 atau RM200. Sedikit extra akan membuatkan history payment anda lebih cantik.

Jika anda membayar kurang daripada bil yang sepatutnya anda akan dikenakan interest atau penalti.

Sahabat mommy sekalian, tetapkan mindset anda untuk ubah keadaan kewangan anda..

Celebrate and feel good everytime you can save even a small portion of money.🎉🎉

Katakan

 "Yes, bulan ni saya berjaya saving RM50!!"

"Yes, bulan ni saya berjaya tahan diri dari shopping baju dan ada extra RM38 untuk masuk dalam tabungan!!"

❤Mommy Sophie
Pemudahcara Pelaburan
Unit trust Public Mutual

#jommenabung
#maryjaunginunittrustpublicmutualsabah
#tipsmenabungibu

CARA MENGECOP IBU JARI







Hi semua.. Mommy Sophie kongsikan CARA MENGECOP IBU JARI pada borang yang betul.

      KLIK VIDEO

Antara sebab-sebab borang KWSP REJECT:

1. Pusaran ibu jari tidak dapat dibaca disebabkan wujud bayang-bayang atau terlalu ditenyeh semasa mengecop.

2. Pusaran ibu jari hilang disebabkan kulit pada ibu jari rosak atau separa hilang disebabkan masalah kulit pada jari.Kadang-kadang akibat kesan alergik sabun atau penyakit kulit.

3.Kedudukan pusaran jari BUKAN DITENGAH kotak.Ingat..semasa mengecop, adjust ibu jari agar pusaran yang ditinggalkan berada betul-betul di tengah-tengah kotak.

3X borang KWSP reject, cas RM20 akan dikenakan semasa submit untuk kali ke-4 dan seterusnya.

❤Mommy Sophie
Pemudahcara Pelaburan
Unit trust Public Mutual

#Maryjaunginunittrustpublicmutualsabah
#tipsmengecopibujari

Tuesday, 20 August 2019

Ringkasan tentang Pelaburan Public Mutual

Askum sahabat mommy sophie..

Apakah pelaburan unit trust Public Mutual yang selalu saya war-warkan dalam Facebook?

Baik, Public Mutual ialah satu badan yang mengurus unit amanah ditubuhkan sejak 1975 di bawah Public Bank. Sudah lama dan mempunyai reputasi terbaik di Asia Tenggara.. Pelaburan dia meliputi seluruh dunia dalam pelbagai bidang. Contoh bidang telekomunikasi, IT, makanan, hartanah, health care dan banyak lagi.

Public Mutual labur dalam pelbagai bidang melibatkan banyak sektor dan negara.

Pelabur menumpang invest dalam dana2 yang diuruskan oleh Public Mutual.Kita tumpang sekaki,Public Mutual yang kerja keras. Dan peranan konsultan seperti saya ialah berkongsi kebaikan platform ini untuk menggandakan2 wang anda. Bank Negara Malaysia BNM juga membenarkan pencarum yang layak untuk mengeluarkan duit kwsp mereka untuk melabur dalam Public Mutual. Pelaburan yang menggunakan duit EPF, nanti umur 60 tahun baru boleh keluarkan ya. Setiap kali reinvest, kwsp akan keluarkan surat memaklumkan kwsp dah benarkan keluarkan sekian amaun untuk dilaburkan dalam Public Mutual.Dipantau oleh KWSP dan BNM gais😊

Of course terdapat perbezaan amaun duit epf bagi those yang simpan duit dalam Public Mutual.

SIAPA YANG BOLEH MELABUR MENGGUNAKAN DUIT EPF?

GOLONGAN A:

Pekerja yang memilih skim kwsp sahaja.
Jumlah amaun akaun 1 melebihi jumlah minimum yang ditetapkan oleh Public Mutual. ( Sila inbox atau wasup saya untuk semak kelayakan)

18 tahun hingga 55 tahun.

SIAPA YANG BOLEH MELABUR MENGGUNAKAN DUIT SENDIRI?

GOLONGAN B:

1. Pekerja yang memilih kwsp tetapi amaun 1 masih kurang dari amaun minimum yang ditetapkan oleh Public Mutual.

2. Pekerja goverment yang pilih pencen

3. Individu yang bekerja sendiri.Tiada pay slip tapi ingin menyimpan duit.

4.Ibubapa yang ingin simpan duit untuk kegunaan anak-anak di masa hadapan.

5.Sesiapa yang ingin mencari tempat menyimpan duit dengan compounding interest yang bagus.

BERAPA AMAUN YANG BOLEH DILABUR OLEH GOLONGAN B?

Bermula RM1K dan ke atas.

Boleh berniat melabur secara lump sump tanpa tambah apa-apa. Contoh Ani labur Rm40K untuk peram beberapa tahun.


Atau boleh melabur secara menabung dengan menambah sekian amaun duit setiap bulan. Contoh Mary menyimpan RM2K pada bulan Januari. Bila Mary ada duit, dia akan simpan lagi RM200, RM100, RM500 ikut kemampuannya..Tiada komitmen WAJIB simpan duit.Kalau mampu, topup la tabungan..

ADAKAH SEMUA PELABUR UNIT TRUST MENDAPAT KELEBIHAN COMPOUNDING INTEREST?

Ya. Tak kira melabur guna duit EPF (golongan A) atau duit sendiri (golongan B) semua mendapat keuntungan compounding interest. Compounding interest ialah seperti bunga atas bunga.

BERAPA LAMAKAH JANGKA MASA PELABURAN?

Kami nasihatkan untuk simpan 5 tahun ke atas untuk beri peluang kepada duit anda berganda-ganda.

Pada sesiapa yang ingin kaut keuntungan jangka pendek, pelaburan unit trust bukan untuk anda..Eloklah simpan di bank biasa.

Ada soalan lain yang ingin anda tanya, sila inbox ya..Hambur soalan anda personal dengan saya.

🐜Mommy Sophie
Pemudahcara Pelaburan
Unit trust Public Mutual

#maryjaunginunittrustpublicmutualsabah

Wednesday, 24 July 2019

Pelaburan KWSP setiap 3 bulan

Sahabat mommy kata,

sayang duit tu ada dalam RM 80K kalau duduk dalam kwsp ja sampai 60 tahun (pencen).Padahal layak untuk dilabur dalam public mutual yang memberi pulangan berganda.

Duit dari kwsp kita dilabur setiap 3 bulan sekali.

Tahun-tahun sebelumnya,  sehingga tahun 2018 kelayakan yang ditetapkan oleh Public Mutual adalah rendah.

Bermula pada tahun 2019, kelayakan yang ditetapkan agak tinggi..Untung sahabat2 mommy yang sempat melabur ikut setting tahun lepas.

Ada juga sahabat mommy yang masih layak sehingga tahun ni. Bagi yang tidak layak, ramai memilih menyimpan secara manual.

"Duit memang bersayap kalau berbelanja tanpa matlamat. Patahkan sayap duit biar duduk elok beranak dalam unit trust😁"


❤ Mommy Sophie

💸Esok nak ke Public Mutual lagi patahkan sayap duit2 kwsp sahabat mommy.

#maryjaunginunittrustpublicmutualsabahkotakinabalutuaran

ELAUN OKU SOPHIE part 2

Lepas balik dari sekolah,mommy luang masa baca perbualan parents tentang elaun anak-anak OKU.
Ada yang katanya tiap bulan dapat, ada yang lump sump dalam beberapa bulan.

Ada yang kata nak beli peralatan, ada yang nak bayar untuk terapi dan macam-macam. Terpulanglah ikut keperluan masing-masing.

Sebulan elaun OKU ialah RM150.

Alhamdulilah elaun OKU sophie mommy simpan elok dalam Unit Trust Public Mutual.Biar peram lama, beranak pinak untuk long term investment. Lebih mudah bila duit tak nampak.Buat2 lupa la kan.

Senang sophie bila perlu duit untuk mula bisnes atau belajar nanti. Sophie,  bagi elaun tumbuh benih banyak2 ya.


o
❤Mommy Sophie
Pemudahcara Pelaburan Anda
Public Mutual

#maryjaunginunittrustpublicmutualsabah