Bukan mudah untuk semua orang untuk SAVE/INVEST bila BIL dan PERBELANJAAN lebih besar dari PENDAPATAN.
Bila amaun pendapatan tu kita sendiri rasa 'negatif' sehingga tahap kritikal.
Sentiasa positif sahabat semua. Sentiasa ada jalan.
Lagi banyak otak kita generate alasan lagi tak nampak jalan.
Nilai semula keluar masuk duit kita. π°π°π°π°
Dengan itu kita tahu bahagian mana paling banyak duit dibelanjakan. Bahagian mana paling sesuai untuk dikurangkan atau dihapuskan terus.
Contoh 1:
Jika paling banyak habis untuk minyak kereta..Kurangkan memandu jika tiada keperluan yang sangat mendesak. Multitask setiap kali anda rancang pemanduan..Contohnya, untuk pelan hari ini, selepas saya ke klinik, saya akan sekali buang sampah, sekali ke agrobank, sekali beli grocery dan sekali ambil anak dari sekolah.Jimat minyak berbanding bergerak lain-lain masa untuk tujuan monotask.
Contoh 2:
Jika paling banyak habis untuk grocery. Lihat semula peti ais dan dapur kita.Banyak tak sayur yang reput sebelum sempat dimasak. Banyak tak nasi sejuk atau lauk pauk yang dibazirkan.
Kos grocery juga boleh dikurangkan dengan downgrade beberapa barangan seperti gred beras, gred telur dan lain-lain.
Pemilihan tempat membeli grocery juga banyak mempengaruhi kos grocery anda.Contoh beberapa barangan basah seperti ikan lebih murah di tamu berbanding di pasaraya.
Pakaian daripada kedai seperti Ramai Jaya, 101, Shoppe atau pakaian bundle lebih murah berbanding membeli di Mall atau Pasaraya.
Contoh 3:
Bayar lebih sedikit bil anda dari yang sepatutnya.Contoh jika minimum pembayaran kad kredit anda RM189. Why not bayar RM190 atau RM200. Sedikit extra akan membuatkan history payment anda lebih cantik.
Jika anda membayar kurang daripada bil yang sepatutnya anda akan dikenakan interest atau penalti.
Sahabat mommy sekalian, tetapkan mindset anda untuk ubah keadaan kewangan anda..
Celebrate and feel good everytime you can save even a small portion of money.ππ
Katakan
"Yes, bulan ni saya berjaya saving RM50!!"
"Yes, bulan ni saya berjaya tahan diri dari shopping baju dan ada extra RM38 untuk masuk dalam tabungan!!"
❤Mommy Sophie
Pemudahcara Pelaburan
Unit trust Public Mutual
#jommenabung
#maryjaunginunittrustpublicmutualsabah
#tipsmenabungibu
No comments:
Post a Comment